PENING TIDAK
SEMESTINYA MIGRAINE
Gejala pening adalah kerap berlaku dikalangan kita tidak kira berapa umur kita. Jika pening anda hanya sebentar dan pulih selepas pengambilan ubat, anda bernasib baik kerana ianya bukan kesakitan yang serius. Jika pening anda menjadi kronik dan sukar dikawal dengan ubat penahan sakit atau anti migrane, itu maknanya anda perlu mengambil perhatian serius kerana diagnosis doktor mungkin tersasar. Anda perlu berjumpa doktor yang lebih arif tentang sakit pening ini untuk penilaian semula. Anda perlu berjumpa denganpain specialist.
Pening yang kronik. Jangan ambil mudah.
Mengikut silibus doktor, pening boleh disebabkan oleh beberapa penyakit sepertisinusitis, migraine,cluster haeadache dantension headache .
Pening yang disebabkan oleh sinusitis biasanya dirasai pada belakang kening dan juga pada tulang pipi. Biasanya bahagian ini sakit bila dipicit disamping memberi gejala sinusitis lain seperti selsema, hidung yang tersumbat dan demam.
Pening yang disebabkan oleh migrainebiasanya dirasai pada sebelah kepala disamping gejala perubahan dalam penglihatan. Biasanya sakit ini amat kuat dan mengambil beberapa hari untuk reda. Pesakit lebih suka menyendiri ketika pening berlaku.
Tension headache ialah pening yang selalunya berlaku bila adanya ketegangan emosi atau fikiran. Pening jenis ini biasanya dirasai berdenyut di dahi dan kekadang hingga ke ubun kepala.
Pening jenis Cluster pula biasanya dirasai pada bahagian mata , terutama di belakang dan dikeliling mata. Pening ini mengambil berhari-hari untuk reda dan selalunya datang secara berkala (dapat dijangka).
Saya tidak mahu mengolah jenis-jenis pening diatas, tapi saya akan perjelaskan jenis pening yang sering berlaku tapi jarang dapat dikesan oleh ramai doktor.Jika anda mengalami pening yang kronik dan masih lagi gagal mendapat rawatan yang sesuai, anda perlu baca artikel ini hingga penghujungnya.
Kes 1.
Seorang wanita berumur 48 tahun telah mengalami gejala pening hampir lima tahun. Beliau pernah berjumpa dengan seorang doktor pakar swasta dan telah di diagnos sebagai penyakit migraine. Ubat migraine pada mulanya agak berkesan tapi sejak 2 tahun lepas sakitnya menjadi bertambah kuat dan tidak ada ubat makan yang dapat mengawalnya walaupun sudah mencuba pelbagai jenis. Peningnya dirasai berdenyut-denyut berpunca dari belakang kepala hingga naik ke ubun kepala. Kosentrasinya terjejas dan beliau tidak dapat tidur malam dengan nyenyak. Kerjayanya sebagai peniaga kedai runcit ternyata terjejas teruk. 5 bulan yang lepas beliau terpaksa dimasukkan ke hospital swasta kerana tidak tahan menanggung sakit pening tersebut. Disebabkan beliau juga mengadu kekejangan otot leher maka doktor pakar orthopedik telah mengarahkan MRI tulang cervical (tengkok) di lakukan. Namun begitu MRI tidak menunjukkan apa-apa penyakit tulang tengkok yang dapat menjelaskan kesakitan tersebut. Tiada pembedahan perlu dilakukan.
Disebabkan sakit yang amat sangat dan rentan pada rawatan suntikan, beliau telah dirujuk kepada pain specialist. Selepas pemeriksaan dijalankan beliau didapati mengalami penyakit artritis tulang facet ( facet joint arthritis) pada tengkoknya. Rawatannya ialah beberapa suntikan khas dilakukan pada sendi tengkoknya oleh pain specialist tersebut. Suntikan ini dilakukan dalam bilik bedah dibawah kawalan sinar X.Sakit tengkok dan peningnya hilang dengan serta merta sejurus suntikan diberikan. Keesokan harinya beliau telah dibenarkan pulang . Sakit peningnya telah dapat dikawal sehinggalah kehari ini.
Suntikan pada sendi leher mampu mengawal pening yang berpunca dari artritis .
Huraian penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis-kes 1)
Penyakit ini kerap berlaku dikalangan orang berumur disebabkan oleh proses penuaan (degenerative disease) atau pun juga boleh berlaku pada orang muda jika kecederaan tengkok pernah berlaku pada masa lampau contohnya kemalangan jalan raya. Gejala penyakit ini amat jelas iaitu pesakit akan mengalami 2-3 gejala lain; sakit tengkok, sakit bahu dan pening di belakang kepala. Rasa sakit ditengkok dan pening akan bertambah jika pesakit mendongak dan memusingkan kepala mereka kebelakang. Ketiga-tiga gejala ini ada terdapat pada pesakit ini semasa pemeriksaan dilakukan. Ianya terlalu senang pada kaca mata pain specialist tapi “susah” pada doktor lain yang bidang kepakaran yang berbeza. Sayugia diingatkan bahawa ini bukanlah satu-satunya pesakit ini yang telah berjaya dirawat, tapi saya telah berjaya merawat berpuluh – puluh lagi pesakit seperti ini yang semuanya memberi gejala yang hampir sama. Apa yang saya hendak tegaskan disini ialah kebanyakan pesakit ini telah mempunyai dignosis penyakit yang tersasar menyebabkan rawatan yang diterima sebelum ini tidak tepat. Lebih menarik lagi hampir kesemua kesakitan ini dapat dikawal dengan mudah melalui kaedah suntikan ini.
Kes 2.
Seorang jururawat hospital berumur 35 tahun telah mengadu sakit bahu dan pening yang kronik hampit setahun lamanya. Pening yang dirasainya tepat terletak diubun kepala dan beliau telah mendefinasikan pening sebagai hanyut dan kadang kadang berdenyut . Beliau juga memberi gejala mudah gelap mata atau hampir pitam bila mengubah posisi badan. Gejala pening ini tidak disebabkan oleh ubat atau penyakit kencing manis atau darah tinggi.Tapi beliau mengaku terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa memandu kereta 2 tahun yang lalu.
Beliau juga memberi gejala kekejangan pada otot tengkok dan bahunya. Pergerakan leher dan bahu kanannya terbatas kerana ianya menambah kesakitan yang sedia ada. Tangan kanannya kadang-kadang dirasai seperti kebas-kebas dan kurang rasa.
Ini menyebabkan fungsi sehariannya sebagai surirumah dan jururawat terjejas teruk. Beliau telah dirawat oleh seorang doktor pakar, MRI tulang tengkok telah dibuat tapi tidak dapat mengenalpasti punca penyakit. Beliau kemudiannya dirujuk pada pain specialist. Setelah diperiksa, beliau di kenalpasti mengalami penyakit artritis tulang tengkok (cervical facet joint arthritis) dan juga sindrom myofasia (myofascial pain syndrome) yang melibatkan otot leher dan bahunya. Dua otot leher yang terlibat dalam sindrom myofasia ini ialah otot trapezius dan sternomastoid.
Beliau telah dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan suntikan pada sendi facet tengkoknya sama seperti kes diatas. Suntikan (trigger point injection) juga diberikan pada ke dua otot yang mengidap sindrom myofasia tersebut disamping senaman regangan yang khusus untuk otot leher dan bahu yang terlibat.Semua gejala yang dihadapi termasuk pening, sakit tengkok dan bahu beransur hilang dalam masa dua minggu selepas rawatan.
Huraian penyakit artritis tulang tengkok dan syndrom myofasia (kes 2)
Penyakit facet arthritis sendi tengkok dalam kes ini nampaknya hampir sama dengan kes yang pertama. Tiga gejala utama ialah pesakit mengalami pening, sakit tengkok dan sakit bahu.Tapi dalam kes 2 ini penyebab pening itu lebih dari satu. Selain dari berpunca dari sendi facet, iajuga disebabkabkan oleh penyakit sindrom myofasia otot leher yang kerap juga memberi gejala pening kepala.
Telah diketahui bahawa sindrom myofasia adalah sejenis sakit otot kerangka yang berpunca dari kekejangan otot yang kronik. Sebahagian ciri penyakit sindrom myofasia ini ialah sakitnya dirasai menjalar ketempat lain (pain radiation) dan kekadang memberi gejala pening, rasa hanyut, loya, sendawa dan pandangan yang kabur (sila rujuk artikel saya Harian Metro Ahad, 8 November 2009). Semua gejala pelik ini selalunya berkait dengan penyakit sindrom myofasia yang melibatkan otot pada leher. Dua otot leher yang kerap memberi gejala pening bila terlibat dalam sindrom myofasia ini ialah otot trapezius dansternomastoid.
Otot trapezius yang terlibat dengan penyakit myofasia selalunya memberi kesakitan ketara pada pangkal leher bila otot ini dipicit (trigger point). Sakit pada leher ini boleh dirasai menjakar naik ke ubun –ubun kepala dan memberi gejala pening.
Manakala otot sternomastoid pula amat terkenal dengan memberi gejala pelik sampingan seperti pening , hanyut, rasa mahu pitam, gelap mata dan sebagainya. Rawatan untuk pesakit kes 2 nampaknya berbagai kerana penyebab peningnya lebih dari satu. Kesilapan diagnosis klinikal akan menyebabkan rawatan yang tidak berkesan. Pesakit akan menjadi keloh kesah kerana mereka akan cenderung untuk memikirkan kemungkinan penyakit yang lebih serius.Sedangkan penyakit artritis sendi facet dan sindrom myofasia ini adalah kurang merbahaya (benign) tetapi cukup untuk memberikan kesakitan ketara yang kronik dan menjejaskan fungsi harian. Apa yang lebih penting ialah kesakitan dari artritis sendi facet dan sindrom myofasia ini boleh sembuh jika pesakit menerima rawatan yang sepatutnya.
http://drnizarabduljalil.blogspot.my/2013/06/pening-tidak-semestinya-migraine.html?m=1
No comments:
Post a Comment