Friday, 9 October 2015

Hari ni hari ke-2 abah kat rumah aku setelah 6 hari warded di HKL kerana serangan stroke di rumahnya sendiri pada Jumaat lepas @ 2 Oktober lebih kurang jam 4 ptg.

Kronologi kejadian:-

Pkul 2 lepas solat Jumaat kena hantar Hady ke sekolah di Gombak ada sesi akhir untuk persedian PT3 dgn bertemankan Syukri (yg bongsu) ambik masa 2 jam so decide singgah umah abah😊.

Pkul 3.15 sampai umah abah, ketuk pintu...
lebih kurang setengah jam lebih baru buka itupun penuh dengan kepayahan dan erangan sakit keluh abah😢...Demi Allah memang aku x sangka rupa2nya kepayahan abah bukak pintu sebab kena serangan stroke😭..Patutlah dia banyak diam bila ditanya dan masa hidangkan makan dia susah nak menyuap nasi ke mulut dan selesai makan dia nak bangun tapi seakan nak rebah😣...dengan daya aku (yg juga pesakit kronik RA) dan Syukri cuba papah bantu abah utk bangun.....x di sangka2 abah terberak yang kesiannya dia sendiri x perasaan atau rasa....apalagi call abang long dan abang ngah utk bantu...

Pkul 6.30 ptg baru abang long sampai....aku minta dia tengokkan abah sementara aku & Syukri jemput Hadi di Gombak(hampir 1 1/2 lewat 😓)...dan aku akan kembali semula...

Pkul 7.30 Adik aku Ija, call ambulans sementara aku plak bwa Hady, Syukri dan 3 lagi anak abg long ke rumah aku....

Adik aku maklumkan tekanan darah abah lemah dan memang kena terus ke hospital dgn ambulan....

Sampai HKL abah terus di bawa ke emergency di zone merah(kritikal)....memang sah abah kena stroke(mild)...abah warded di unit kaji saraf bertemankan along, angah dan usu; 3 anak lelaki emak abah👍

Sabarlah abah; semoga Allah permudahkan urusan ini...sakit ini pencuci dosa2 kita😇



No comments:

Post a Comment