Sunday 6 December 2015

Isu viral dan pencerahannya_Mandi Wiladah

Mandi Wiladah






Soalan

Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah. Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi wiladah tersebut?

Jawapan:

Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi selepas berhentinya darah nifas.

Perlu difahami bahawa tujuan ‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya menunaikan solat.

Akan tetapi sekiranya selepas melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah, sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat. Mengikut pandangan para fuqaha’ sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja, manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya, darah nifas keluar selama 40 hari. 

Kelas darah "O"

Jika Anda Tergolong Darah O? Maka Anda Wajib Baca Posting Ini Sepenuhnya!!!

Yang mempunyai golongan darah O siapa nih?
Anda Golongan Darah O?

Individu dengan golongan darah O memiliki antigen O pada permukaan sel darah merahnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan dolongan darah O-negatif



Kelompok darah tiap-tiap orang memiliki keunikkannya semasing, misalnya kelompok darah B yang to the point (bicara apa yang ada tanpa ada bertele-tele), A yang emosian, serta AB yang adem ayem. Namun dari seluruhnya type kelompok darah, yang memiliki kelompok darah O yaitu yang paling sedikit. Lantas seperti apakah si O ini? Di bawah ini yaitu sifat-sifat khas si O yang populer sangatlah dermawan serta baik. Bila anda mempunyai rekan bergolongan darah O, anda mesti melindungi jalinan kalian baik-baik agar dia tak pergi dari sisimu!

Ini Faktanya:

Orang yang bergolongan darah O itu :

1. Sangatlah menghormati yang namanya relationship, oleh karenanya, mereka pasti sangatlah menghormati yang namanya persahabatan serta mereka ikhlas berkorban untuk itu.

2. Tak umum untuk mengawali suatu jalinan yang akrab dengan orang lain.

3. Bila telah mengambil keputusan untuk lakukan suatu hal, juga bakal ditangani hingga akhir.

4. Ikhlas melepas orang yang disenangi serta cuma memandang kepergiannya dengan bersedih hati namun hingga kapanpun akan tidak pernah disibakkan.

5. Saat ada suatu hal yg tidak dia sukai, dia bakal menutupinya serta bertandingk kuat serta mandiri.

6. Terlihat kuat dari luar serta kerap keluarkan pengucapan yang tajam, namun sesungguhnya dia sangatlah gampang terlukai hatinya.

7. Sangatlah tulus serta ikhlas, dia bakal mengingatmu seumur hidupnya bila anda sangatlah terkesan baginya.

8. Sangatlah gampang terharu.

9. Sangatlah peka serta asal-asalan namun tak perhitungan. Dia suka menolong orang lain, namun kerapkali dia bertandingk tidak paham apa-apa.

10. Menjunjung tinggi yang namanya keadilan, dia kan berupaya meluruskan semua permasalahan yang menurut dia tak sepantasnya ada. Dia juga tak suka pada yang namanya kebohongan serta penipuan.

11. Akan tidak pernah memberi keyakinan pada orang yg tidak dapat dihandalkan maupun pemalas, lantaran si O ini orang yang memiliki komitmen.

12. Berambisius, meskipun telah salah, dia akan tidak pernah menyerah.

13. Meskipun kerap cemas bakal kegagalan, namun dia senantiasa berupaya terlihat kuat dari luar penampilannya.

14. Akan tidak pernah menaruh dendam serta cepat sekali lupa dengan kekeliruan orang lain.

15. Bakal mengingat tiap-tiap kebaikan orang lain.

Apakah anda bergolongan darah O? Atau orang paling dekatmu yang bergolongan darah O?

Semoga bermanfaat ya, silahkan share dan like

Innalillahi wainnailaihi rojiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa afihi wa'fuanhu......













https://m.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.217885345041439.1073741828.208453185984655/550898015073502/?type=3

Tuesday 1 December 2015

Herba Rawatan Bunions


Bunions (http://www.alignmentrescue.com/)
Bunions merupakan pembetukan benjolan garam. Biasanya berpunca daripada masalah lain seperti kesan influenza, tonsillitis, gout, metabolisma yang lemah, pemakanan yang tidak betul, jangkitan reumatik dan penggunaan kasut yang tidak sesuai. Terdapat kaedah ikhtiar mengatasinya iaitu;

Kaedah Pertama
Bay Leaf (wikipedia)
  • Hancurkan daun salam atau "bay leaf" (pokok serai kayu) sebanyak satu sudu dan campurkan dengan 300ml air untuk dimasakkan dalam pot selama 5 minit.
  • Masukkan campuran tersebut dalam balang termos sehingga pagi esok.
  • Tapis dengan kain untuk diperah dan minum sedikit untuk sepanjang hari dari waktu pagi (bukan untuk minum sekaligus).
  • Ulangi langkah-langkah diatas selama 3 hari berturut-turut. Ulangi semula selepas 7 hari kemudiannya. InsyaAllah berkesan selepas 10 hari.
  • Kemungkinan simptom yang berlaku ialah kerap buang air kecil kerana garam berlebihan dalam badan dapat dikeluarkan.

 Kaedah Kedua
  • 5 helai daun salam dan rendamkan dengan 100ml dengan cairan 70% alkohol. Biarkan selama seminggu.
  • Kemudian letakkan di permukaan bunions. Sebelum ditampal, hendaklah kaki dicuci terlebih dahulu air panas sederhana dan lap untuk dikeringkan. Boleh guna stokin atau apa saja mengikut kreativiti masing-masing.
  • Lakukan selama 2 bulan untuk menghilangkan bunions sepenuhnya.
Kaedah Ketiga
Hancurkan 5 aspirins or Andols (200 mg) dan campurkan kedalam 10 ml iodin. Goncang campuran tersebut sehingga kehilangan warna. Sapukan campuran berkenaan di kawasan yang sakit seperti pergelangan kaki dan sendi. Simpan lebihan untuk digunakan pada hari berikutnya.

Kaedah Keempat
Campuran jus lemon dan iodin disapukan pada permukaan bunions, ianya juga berkesan untuk menangani masalah “heel spur”.

Sumber asal: goodmorningcenter.com

Monday 30 November 2015

Al-Fatihah......memang x kenal tapi arwah tetap manusia biasa seperti kita

8 KISAH YUS JAMBU YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI

 | 30/11/2015 0 Comments
  •  2442Share
cpLewat malam semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus. Bagaikan tidak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham telah pun meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas.
Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati dan dirindui keletahnya yang tidak jemu menghiburkan orang ramai. Berikut beberapa momen dan lawak dari beliau yang sehingga hari ini masih segar di ingatan.

Sinaran Pasport Kegemilangan

1
Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi.
Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.

Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan

2
Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yang buat pertama kalinya diadakan.
Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri dan berjaya mengalahkan mereka.

Hidup sebatang kara

3
Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.
Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya.

Jual kereta menang Raja Lawak demi…


SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya.

“Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk...

“Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih... Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.

“Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater,” katanya.
Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.

“Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.

“Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan...

“Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain,” katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

“Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah,” katanya.

Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak

SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

“Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

“Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

“Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya,” kata Yus.

Info Yussry

NAMA SEBENAR: Yussry Edoo
NAMA PANGGILAN: Pak Yus
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1976
ASAL: Kampung Nesam, Batu Pahat, Perlis
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Astro musim pertama (2007)
FILEM: Seram (belum tayang)
DRAMA: Amit, Gerabak, Nurul Iman, Hanya Tuhan Yang Tahu, Caca Marba, Gitu-Gitu Apek, Tiga Budak Botak dan Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya
TEATER: Sri Mersing

Punchline & lawak bersahaja

5
Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.
Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.

Sangat disenangi rakan artis

6
Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.
Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.

Suka kucing

7
Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.

Pak Yus dalam kenangan

8
Din Beramboi, Harun Salim Bachik dan sekarang giliran Pak Yus pula meninggalkan ita. Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham. Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Thursday 26 November 2015

Titik Ransangan Pesakit Asma dan Sesak Nafas

Sepertimana semua orang tahu, semua sel-sel, organ, dan sistem badan kita memerlukan oksigen untuk menjalankan fungsi mereka.  Kesukaran bernafas boleh menyebabkan tubuh kita diserapi toksik, lemah fungsi tubuh dan tidak mempunyai kekuatan pemulihan diri sendiri.  Kenapa ianya boleh berlaku?

Ini disebabkan oleh dinding tiub bronkial kekejangan dan saluran udara yang sempit menyebabkan seseorang itu sukar untuk menghembus nafas. Tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon, dan jangkitan juga boleh membuatkan orang lebih mudah terdedah kepada reaksi alahan dan serangan asma.

Oleh itu, saya tunjukkan titik ransangan penyakit Asma atau Sesak Nafas dari hasil case study di Acupressure Institute Berkeley, California (institut lama ini sudah tidak lagi beroperasi sekarang). Dalam kajian tersebut, 80% pesakit asma dewasa telah dapat meningkatkan 20% keupayaan kapasiti paru-parunya hanya sebaik sahaja menerima urutan selama 20 minit.

Cara terbaik untuk melakukan urutan ialah dengan menekan setiap titik selama 1 minit atau sehingga terdapat denyutan disitu. Ulang sebanyak 3 kali dalam satu sesi. Hendaklah diurut di kedua-dua belah kiri dan kanan badan. Jadikanlah sebagai amalan.

Pesakit asma mungkin berasa tidak selesa atau sakit apabila menekan pada titik-titik ini. Seharusnya diurut mengikut kemampuan pesakit. Bagaimanapun ianya dapat melegakan masalah asma kemudiannya. 

Sumber gambar: www.acucn.com

http://urutanqun.blogspot.my/2015/11/titik-ransangan-pesakit-asma-dan-sesak.html?m=1

Tuesday 24 November 2015

App ngan Rheumatology......bertambah lagi dos ubat😝😲...............
Calcium carbonate x 2
Acid Folic x 1
Vitamin D3 x 1
MTX x 8


Wednesday 18 November 2015

Faedah skim keilatan SOCSO


Faedah Skim Keilatan

Seseorang berinsurans dianggap sebagai mengidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin diubati serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan orang berinsurans yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang mengidap keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab
Faedah-faedah yang disediakan dibawah Skim Keilatan adalah :
  • Pencen Ilat
  • Bantuan Ilat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Dialisis
  • Program 'Return To Work'
  • Faedah Pendidikan
Syarat Kelayakan Skim Keilatan:Bagi melayakkan orang berinsurans atau orang tanggungan mendapat faedah di bawah Skim Keilatan ini, orang berinsurans hendaklah memenuhi dua syarat iaitu:
1) Syarat Kelayakan Umur
a) Sebelum 1 Januari 2013:
  1. Had kelayakan mula mencarum di bawah Skim Keilatan adalah sebelum mencapai umur 50 tahun
  2. Had kelayakan umur maksima mengidap keilatan / kematian adalah sebelum mencapai umur 55 tahun
b) Pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terhadap kenaikan syarat umur 01 Januari 2013 menyebabkan perubahan kepada syarat kelayakan umur seperti berikut:
  1. Had kelayakan mula mencarum di bawah Skim Keilatan adalah sebelum mencapai umur 55 tahun
  2. Had kelayakan umur maksima mengidap keilatan / kematian adalah sebelum mencapai umur 60 tahun

2) Syarat Kelayakan Caruman
i.Kelayakan Caruman Penuh
Orang berinsurans telah genap bekerja dan memenuhi kelayakan penuh jika:
  • Caruman bulanannya telah dibayar sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO /bulan kematian orang berinsurans; atau
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan hingga sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO /bulan kematian orang berinsurans
  • Orang berinsurans layak menerima pencen penuh dengan kadar 50% hingga 65% daripada daripada gaji bulanan purata anggapan
ii.Kelayakan Caruman Yang Dikurangkan
Orang berinsurans memenuhi kelayakan caruman yang dikurangkan jika:
  • Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 1/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim Keilatan hingga sebelum bulan notis ilatnya diterima oleh PERKESO /bulan kematian orang berinsurans
  • Orang berinsurans layak menerima pencen dengan kadar yang dikurangkan iaitu 50% daripada gaji bulanan purata anggapan





iii.Jumlah bilangan caruman bulanan yang telah dibayar dalam semua tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulanhttp://www.perkeso.gov.my/my/pencen-ilat.html



Ameennn...


Diam x diam dah sebulan abah tinggalkan kami sume😒😒😒

Semoga Allah ampunkan dosa2 abah dan semoga mendapat pandangan rahmat-Nya...ameennn




Sunday 15 November 2015

Indahnya makhluk ciptaan Allah

Alahai jatuh cinta dan sayang kat 'dia' ni😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍













Acidentally jumpa 'dia' ni masa nak ambik kak ngah outing.....dari jauh dah nampak susuk badan yg tersangatlah 'sado' dan tersangatlah gebuzzzz 😍😻😍😻

Tiba-tiba je dtg dan guling2 kat kaki....mula2 takut gak nak pegang....maklumlah 'sado' tp bila angkat dan peluk....punyalah manjanyaaa ya amat....mak datuk berat dan besar 'dia' ni😁😁😁

Sememangnya kami anak beranak terlalu amat menyukai makhluk ciptaan Allah yg menjadi kesayangan nabi Muhammad s.a.w niπŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•


Saturday 14 November 2015

Permudahkan dan jangan sulitkan

Seharian menyiapkan kertas kerja mesyuarat utk ahad ni...ini je cebisan kerja amal yg boleh aku sumbangkan😊😊😊

Ala simple je tapi maklumla sukarelawan dan sekadar tolong bg idea 5sen kat makcik2 pencen sambil cari ilmu yg jadi bekalan kat sana nanti...😍😍😍

T.kasih makcik2 sebab bg kepercayaan pd saya ni....sama2 kita mudah urusan dan senangkan semua pihakπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

Rabbi Yasser Walla Tuasser
Rabbi Tamim Bil Khoir

Thursday 12 November 2015

Hai letih rasanya.....


Hai bilalah agaknya x payah dtg kat sini lagi









penat rasanya😩😩😩 dahlah parking susah nak dapat tambahan pulak kena register bagaiπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”......

Hari ni join dgn grp pesakit stroke....rata2 mereka ni sumenya dlm proses "bertatih"πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Walau jelas kelihatan kepayahan/kesakitan/putus asa di riak wajah...tp kesungguhan dan sokongan kuat keluarga tersayang buatkan dorang ni cekal dan tabah sangattt.....syabasπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ pd korang yg menyokong pesakit2 ni...dorang betul2 mengharapkan korang sumeπŸ‘ͺπŸ‘ͺ

Bila tengok situasi ni....ingat kat abahπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”
Abahpun sepatutnya dah mulakan pysio tp kuasa Allah mengatasi segala-galanya...kalau aku masih berpeluang utk berkhidmat utk abah...akan aku buat apa saje....aku nak abah tau anak2 abah sume sayang dan tak akan biarkan abah dlm kesakitan atau kepayahan....

Mak, terima kasih sebab selalu ingatkan kami supaya sentiasa hormat dan bertanggungjawab.....dan percayalah kami akan jaga mak jika Allah izinkan😒😒😒

Sesungguhnya jasa mak & abah tak dapat kami balas dgn harta di dunia ni.....Ya Allah ampunkan la dosa2 mereka dan izinkan mereka pilih mana2 pintu syurga yg layak bg mereka....jauhkan api2 neraka daripada mendekati mereka...ameennn😌😌😌

Wednesday 11 November 2015

ABAH

Di saat anak2 memanggil suami; "ABAH" hati saya sangat2 terpukul, tersiat, sedih😒😒😒 dan sebak langsung😭😭😭 sebab x akan ada lagi panggilan itu yang akan keluar dari mulut ini untuk orang yang bernama ABAH.......rindu ini sakit, andai dapat ku ulang semalam.....ya Allah ampunkan dosa2 ABAH sayangi dia sebagaimana dia menyayangi kami sejak kami kecil lagi....ameennnn....



Good info - kesan awal STROKE

Bantuan Awal Kecemasan untuk pesakit STROKE.

Amat berharap artikel ini dapat dibaca dan dikongsi oleh semua orang. Walaupun tidak dipraktiskankan sekarang tetapi mungkin dapat membantu ahli keluarga, jiran dan rakan jika terkena penyakit ini pada suatu hari nanti. Bantuan awal perlu diketahui bagi mengelak rasa menyesal pada satu hari nanti jika berlaku dikalangan keluarga terdekat. Masa itu anda kebingungan tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk strok. Sebagai langkah permulaan untuk bantuan seterusnya, hubungi ambulan dengan segera untuk ke hospital. Ini penting untuk menepati "Golden Hour" pesakit stroke (akan diterangkan dalam artikel lain). Rawatan alternatif boleh dilakukan di dalam hospital atau selepas itu.

Keselesaan Mangsa
Sekiranya seseorang yang baru terkena strok dan tidak sedarkan diri, anda perlu tenang dan jangan alihkan mangsa itu ke tempat lain. Sering berlaku mangsa terjatuh didalam bilik air, oleh itu biarkan mangsa itu disitu sahaja. Mengalihkan ketempat lain boleh menyebabkan mangsa mengalami kekejangan yang lebih teruk. Anda harus menunggu bantuan paramedik atau ambulan untuk mengalih mangsa. Ini adalah kerana jika terjatuh, keadaan boleh menjadi buruk.

Anda hanya boleh membantu mangsa dalam keadaan duduk atau menyandar dengan berhati-hati. Ini adalah kerana urat saraf mangsa pada masa itu dalam keadaan tidak tentu arah yang boleh mengundang berlaku pendarahan dan kapilari darah dalam otak berisiko untuk pecah. Akibatnya mangsa sukar dipulihkan dan kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang, walaupun dia mampu berjalan semula.

Mangsa juga boleh dibaringkan dengan posisi mengiring dengan kepala sedikit terangkat keatas (sekitar 10-30 darjah). Namun jangan sampai leher terlekuk dan pastikan mangsa bernafas dengan baik dan tiada muntahan dan lelehan air liur. Mangsa terutamanya yang tidak sedar diri, usah dibaringkan terlentang kerana posisi sedemikian membuatkan kesukaran bernafas disebabkan risiko saluran nafas dihalang oleh lidah. Sekiranya mangsa menggunakan gigi palsu, sila keluarkan segera daripada mulutnya. Kalau tangannya berlaku kekejangan, biarkan saja. Jangan memaksa tangan mangsa ditahan mengikut kehendak anda. Namun perlu tangani (sokong) tangan atau lengan dengan baik supaya tidak terkulai.

Namun awas, hindarilah memasukkan jari tangan atau sudu ke dalam mulut mangsa. Jika dilakukan sedemikian akan mengundang risiko digigit oleh mangsa. Gigi mangsa juga boleh patah sekiranya mengigit benda keras. Jangan sesekali memberi minum dan makanan pada mangsa yang tidak sedar kerana mangsa boleh tersedak dan boleh tersasar cecair atau gumpalan makanan ke paru-paru.

Mengesan Gejala Stroke
Sekurang-kurangnya seorang didalam keluarga perlu memahami gejala-gejala stroke untuk mendapatkan rawatan pencegahan lebih awal. Bagi pesakit yang sedar diri, gejala stroke boleh disahkan apabila;

1. Face (Muka): Mulut/Muka senget sebelah jika diminta senyum
2. Arm (Lengan): Mengangkat kedua-dua lengan namun sebelah sahaja yang terangkat.
3. Speech (Bertutur): Percakapannya kurang jelas dan sukar disebut.
Jika dapat disahkan, Time (Masa) adalah perkara yang sangat penting. Pesakit disegerakan mendapatkan rawatan. Rawatan segera akan mengurangkan risiko kecacatan yang lebih besar.

Pemeriksaan Nadi
Jika mangsa tidak sedar seperti pengsan dari tidur atau jatuh hendaklah buat pemeriksaan nadinya. Nadi yang normal ialah 60-90 detik seminit dan pernafasannya 16-24 kali seminit. Pakaian mangsa perlu dilonggarkan untuk memudahkan bernafas. Mangsa stroke mungkin sukar bernafas dan berdengkur dengan kuat. Itulah mengapa perlunya pemeriksaan nadi dibuat.

Penitisan Darah
Sementara menunggu bantuan ambulan atau paramedik, kita hendaklah bertindak lebih awal dengan menyediakan jarum (jahit, peniti atau seumpamanya) yang tidak berkarat, iaitu merupakan satu metod pencegah untuk mereka yang baru mengalami kekejangan strok daripada menjadi lebih teruk. Jarum tersebut segera dipanaskan dengan api untuk pensterilan (jika perlu). Kemudian dengan jarum tersebut, cucuklah kesemua hujung jari-jari tangan mangsa sedalam kira-kira 1 mm sehingga menitis darah. Jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan titisan darah, tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula. Walaupun begitu metod ini tidak diamalkan dalam perubatan moden.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut (senget), tarik telinganya sehingga merah kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah cuping telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Selepas beberapa minit, bentuk mulutnya akan kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa mangsa ke hospital. Sementara menunggu ambulan datang, bolehlah berikan mangsa secawan teh panas untuk menghangatkan badan.

Dengan kaedah penitisan darah ini, mangsa boleh diselamatkan dan sihat seperti sediakala dan tiada apa-apa kesan strok.

Bagaimanapun sekiranya kaedah ini atau ikhtiar lain gagal atau tidak dilaksanakan, seseorang yang baru diserang stroke akan merosakkan sel neuron setiap minit. Misalnya, stroke iskemia, 1.9 juta neuron mungkin hilang setiap minit jika tanpa diberikan rawatan awal. Pesakit stroke hendaklah disegerakan dapat diselamatkan dalam tempoh "Golden Hour" iaitu dalam tempoh masa selamat dari masa pesakit sampai ke hospital.