Tuesday, 1 December 2015

Herba Rawatan Bunions


Bunions (http://www.alignmentrescue.com/)
Bunions merupakan pembetukan benjolan garam. Biasanya berpunca daripada masalah lain seperti kesan influenza, tonsillitis, gout, metabolisma yang lemah, pemakanan yang tidak betul, jangkitan reumatik dan penggunaan kasut yang tidak sesuai. Terdapat kaedah ikhtiar mengatasinya iaitu;

Kaedah Pertama
Bay Leaf (wikipedia)
  • Hancurkan daun salam atau "bay leaf" (pokok serai kayu) sebanyak satu sudu dan campurkan dengan 300ml air untuk dimasakkan dalam pot selama 5 minit.
  • Masukkan campuran tersebut dalam balang termos sehingga pagi esok.
  • Tapis dengan kain untuk diperah dan minum sedikit untuk sepanjang hari dari waktu pagi (bukan untuk minum sekaligus).
  • Ulangi langkah-langkah diatas selama 3 hari berturut-turut. Ulangi semula selepas 7 hari kemudiannya. InsyaAllah berkesan selepas 10 hari.
  • Kemungkinan simptom yang berlaku ialah kerap buang air kecil kerana garam berlebihan dalam badan dapat dikeluarkan.

 Kaedah Kedua
  • 5 helai daun salam dan rendamkan dengan 100ml dengan cairan 70% alkohol. Biarkan selama seminggu.
  • Kemudian letakkan di permukaan bunions. Sebelum ditampal, hendaklah kaki dicuci terlebih dahulu air panas sederhana dan lap untuk dikeringkan. Boleh guna stokin atau apa saja mengikut kreativiti masing-masing.
  • Lakukan selama 2 bulan untuk menghilangkan bunions sepenuhnya.
Kaedah Ketiga
Hancurkan 5 aspirins or Andols (200 mg) dan campurkan kedalam 10 ml iodin. Goncang campuran tersebut sehingga kehilangan warna. Sapukan campuran berkenaan di kawasan yang sakit seperti pergelangan kaki dan sendi. Simpan lebihan untuk digunakan pada hari berikutnya.

Kaedah Keempat
Campuran jus lemon dan iodin disapukan pada permukaan bunions, ianya juga berkesan untuk menangani masalah “heel spur”.

Sumber asal: goodmorningcenter.com

No comments:

Post a Comment