Wednesday, 11 November 2015

Good info - kesan awal STROKE

Bantuan Awal Kecemasan untuk pesakit STROKE.

Amat berharap artikel ini dapat dibaca dan dikongsi oleh semua orang. Walaupun tidak dipraktiskankan sekarang tetapi mungkin dapat membantu ahli keluarga, jiran dan rakan jika terkena penyakit ini pada suatu hari nanti. Bantuan awal perlu diketahui bagi mengelak rasa menyesal pada satu hari nanti jika berlaku dikalangan keluarga terdekat. Masa itu anda kebingungan tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk strok. Sebagai langkah permulaan untuk bantuan seterusnya, hubungi ambulan dengan segera untuk ke hospital. Ini penting untuk menepati "Golden Hour" pesakit stroke (akan diterangkan dalam artikel lain). Rawatan alternatif boleh dilakukan di dalam hospital atau selepas itu.

Keselesaan Mangsa
Sekiranya seseorang yang baru terkena strok dan tidak sedarkan diri, anda perlu tenang dan jangan alihkan mangsa itu ke tempat lain. Sering berlaku mangsa terjatuh didalam bilik air, oleh itu biarkan mangsa itu disitu sahaja. Mengalihkan ketempat lain boleh menyebabkan mangsa mengalami kekejangan yang lebih teruk. Anda harus menunggu bantuan paramedik atau ambulan untuk mengalih mangsa. Ini adalah kerana jika terjatuh, keadaan boleh menjadi buruk.

Anda hanya boleh membantu mangsa dalam keadaan duduk atau menyandar dengan berhati-hati. Ini adalah kerana urat saraf mangsa pada masa itu dalam keadaan tidak tentu arah yang boleh mengundang berlaku pendarahan dan kapilari darah dalam otak berisiko untuk pecah. Akibatnya mangsa sukar dipulihkan dan kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang, walaupun dia mampu berjalan semula.

Mangsa juga boleh dibaringkan dengan posisi mengiring dengan kepala sedikit terangkat keatas (sekitar 10-30 darjah). Namun jangan sampai leher terlekuk dan pastikan mangsa bernafas dengan baik dan tiada muntahan dan lelehan air liur. Mangsa terutamanya yang tidak sedar diri, usah dibaringkan terlentang kerana posisi sedemikian membuatkan kesukaran bernafas disebabkan risiko saluran nafas dihalang oleh lidah. Sekiranya mangsa menggunakan gigi palsu, sila keluarkan segera daripada mulutnya. Kalau tangannya berlaku kekejangan, biarkan saja. Jangan memaksa tangan mangsa ditahan mengikut kehendak anda. Namun perlu tangani (sokong) tangan atau lengan dengan baik supaya tidak terkulai.

Namun awas, hindarilah memasukkan jari tangan atau sudu ke dalam mulut mangsa. Jika dilakukan sedemikian akan mengundang risiko digigit oleh mangsa. Gigi mangsa juga boleh patah sekiranya mengigit benda keras. Jangan sesekali memberi minum dan makanan pada mangsa yang tidak sedar kerana mangsa boleh tersedak dan boleh tersasar cecair atau gumpalan makanan ke paru-paru.

Mengesan Gejala Stroke
Sekurang-kurangnya seorang didalam keluarga perlu memahami gejala-gejala stroke untuk mendapatkan rawatan pencegahan lebih awal. Bagi pesakit yang sedar diri, gejala stroke boleh disahkan apabila;

1. Face (Muka): Mulut/Muka senget sebelah jika diminta senyum
2. Arm (Lengan): Mengangkat kedua-dua lengan namun sebelah sahaja yang terangkat.
3. Speech (Bertutur): Percakapannya kurang jelas dan sukar disebut.
Jika dapat disahkan, Time (Masa) adalah perkara yang sangat penting. Pesakit disegerakan mendapatkan rawatan. Rawatan segera akan mengurangkan risiko kecacatan yang lebih besar.

Pemeriksaan Nadi
Jika mangsa tidak sedar seperti pengsan dari tidur atau jatuh hendaklah buat pemeriksaan nadinya. Nadi yang normal ialah 60-90 detik seminit dan pernafasannya 16-24 kali seminit. Pakaian mangsa perlu dilonggarkan untuk memudahkan bernafas. Mangsa stroke mungkin sukar bernafas dan berdengkur dengan kuat. Itulah mengapa perlunya pemeriksaan nadi dibuat.

Penitisan Darah
Sementara menunggu bantuan ambulan atau paramedik, kita hendaklah bertindak lebih awal dengan menyediakan jarum (jahit, peniti atau seumpamanya) yang tidak berkarat, iaitu merupakan satu metod pencegah untuk mereka yang baru mengalami kekejangan strok daripada menjadi lebih teruk. Jarum tersebut segera dipanaskan dengan api untuk pensterilan (jika perlu). Kemudian dengan jarum tersebut, cucuklah kesemua hujung jari-jari tangan mangsa sedalam kira-kira 1 mm sehingga menitis darah. Jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan titisan darah, tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula. Walaupun begitu metod ini tidak diamalkan dalam perubatan moden.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut (senget), tarik telinganya sehingga merah kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah cuping telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Selepas beberapa minit, bentuk mulutnya akan kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa mangsa ke hospital. Sementara menunggu ambulan datang, bolehlah berikan mangsa secawan teh panas untuk menghangatkan badan.

Dengan kaedah penitisan darah ini, mangsa boleh diselamatkan dan sihat seperti sediakala dan tiada apa-apa kesan strok.

Bagaimanapun sekiranya kaedah ini atau ikhtiar lain gagal atau tidak dilaksanakan, seseorang yang baru diserang stroke akan merosakkan sel neuron setiap minit. Misalnya, stroke iskemia, 1.9 juta neuron mungkin hilang setiap minit jika tanpa diberikan rawatan awal. Pesakit stroke hendaklah disegerakan dapat diselamatkan dalam tempoh "Golden Hour" iaitu dalam tempoh masa selamat dari masa pesakit sampai ke hospital.

No comments:

Post a Comment