Saturday, 14 November 2015

Permudahkan dan jangan sulitkan

Seharian menyiapkan kertas kerja mesyuarat utk ahad ni...ini je cebisan kerja amal yg boleh aku sumbangkan๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Ala simple je tapi maklumla sukarelawan dan sekadar tolong bg idea 5sen kat makcik2 pencen sambil cari ilmu yg jadi bekalan kat sana nanti...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

T.kasih makcik2 sebab bg kepercayaan pd saya ni....sama2 kita mudah urusan dan senangkan semua pihak๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

Rabbi Yasser Walla Tuasser
Rabbi Tamim Bil Khoir

Thursday, 12 November 2015

Hai letih rasanya.....


Hai bilalah agaknya x payah dtg kat sini lagi









penat rasanya๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ dahlah parking susah nak dapat tambahan pulak kena register bagai๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”......

Hari ni join dgn grp pesakit stroke....rata2 mereka ni sumenya dlm proses "bertatih"๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Walau jelas kelihatan kepayahan/kesakitan/putus asa di riak wajah...tp kesungguhan dan sokongan kuat keluarga tersayang buatkan dorang ni cekal dan tabah sangattt.....syabas๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ pd korang yg menyokong pesakit2 ni...dorang betul2 mengharapkan korang sume๐Ÿ‘ช๐Ÿ‘ช

Bila tengok situasi ni....ingat kat abah๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
Abahpun sepatutnya dah mulakan pysio tp kuasa Allah mengatasi segala-galanya...kalau aku masih berpeluang utk berkhidmat utk abah...akan aku buat apa saje....aku nak abah tau anak2 abah sume sayang dan tak akan biarkan abah dlm kesakitan atau kepayahan....

Mak, terima kasih sebab selalu ingatkan kami supaya sentiasa hormat dan bertanggungjawab.....dan percayalah kami akan jaga mak jika Allah izinkan๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Sesungguhnya jasa mak & abah tak dapat kami balas dgn harta di dunia ni.....Ya Allah ampunkan la dosa2 mereka dan izinkan mereka pilih mana2 pintu syurga yg layak bg mereka....jauhkan api2 neraka daripada mendekati mereka...ameennn๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Wednesday, 11 November 2015

ABAH

Di saat anak2 memanggil suami; "ABAH" hati saya sangat2 terpukul, tersiat, sedih๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข dan sebak langsung๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ sebab x akan ada lagi panggilan itu yang akan keluar dari mulut ini untuk orang yang bernama ABAH.......rindu ini sakit, andai dapat ku ulang semalam.....ya Allah ampunkan dosa2 ABAH sayangi dia sebagaimana dia menyayangi kami sejak kami kecil lagi....ameennnn....



Good info - kesan awal STROKE

Bantuan Awal Kecemasan untuk pesakit STROKE.

Amat berharap artikel ini dapat dibaca dan dikongsi oleh semua orang. Walaupun tidak dipraktiskankan sekarang tetapi mungkin dapat membantu ahli keluarga, jiran dan rakan jika terkena penyakit ini pada suatu hari nanti. Bantuan awal perlu diketahui bagi mengelak rasa menyesal pada satu hari nanti jika berlaku dikalangan keluarga terdekat. Masa itu anda kebingungan tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk strok. Sebagai langkah permulaan untuk bantuan seterusnya, hubungi ambulan dengan segera untuk ke hospital. Ini penting untuk menepati "Golden Hour" pesakit stroke (akan diterangkan dalam artikel lain). Rawatan alternatif boleh dilakukan di dalam hospital atau selepas itu.

Keselesaan Mangsa
Sekiranya seseorang yang baru terkena strok dan tidak sedarkan diri, anda perlu tenang dan jangan alihkan mangsa itu ke tempat lain. Sering berlaku mangsa terjatuh didalam bilik air, oleh itu biarkan mangsa itu disitu sahaja. Mengalihkan ketempat lain boleh menyebabkan mangsa mengalami kekejangan yang lebih teruk. Anda harus menunggu bantuan paramedik atau ambulan untuk mengalih mangsa. Ini adalah kerana jika terjatuh, keadaan boleh menjadi buruk.

Anda hanya boleh membantu mangsa dalam keadaan duduk atau menyandar dengan berhati-hati. Ini adalah kerana urat saraf mangsa pada masa itu dalam keadaan tidak tentu arah yang boleh mengundang berlaku pendarahan dan kapilari darah dalam otak berisiko untuk pecah. Akibatnya mangsa sukar dipulihkan dan kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang, walaupun dia mampu berjalan semula.

Mangsa juga boleh dibaringkan dengan posisi mengiring dengan kepala sedikit terangkat keatas (sekitar 10-30 darjah). Namun jangan sampai leher terlekuk dan pastikan mangsa bernafas dengan baik dan tiada muntahan dan lelehan air liur. Mangsa terutamanya yang tidak sedar diri, usah dibaringkan terlentang kerana posisi sedemikian membuatkan kesukaran bernafas disebabkan risiko saluran nafas dihalang oleh lidah. Sekiranya mangsa menggunakan gigi palsu, sila keluarkan segera daripada mulutnya. Kalau tangannya berlaku kekejangan, biarkan saja. Jangan memaksa tangan mangsa ditahan mengikut kehendak anda. Namun perlu tangani (sokong) tangan atau lengan dengan baik supaya tidak terkulai.

Namun awas, hindarilah memasukkan jari tangan atau sudu ke dalam mulut mangsa. Jika dilakukan sedemikian akan mengundang risiko digigit oleh mangsa. Gigi mangsa juga boleh patah sekiranya mengigit benda keras. Jangan sesekali memberi minum dan makanan pada mangsa yang tidak sedar kerana mangsa boleh tersedak dan boleh tersasar cecair atau gumpalan makanan ke paru-paru.

Mengesan Gejala Stroke
Sekurang-kurangnya seorang didalam keluarga perlu memahami gejala-gejala stroke untuk mendapatkan rawatan pencegahan lebih awal. Bagi pesakit yang sedar diri, gejala stroke boleh disahkan apabila;

1. Face (Muka): Mulut/Muka senget sebelah jika diminta senyum
2. Arm (Lengan): Mengangkat kedua-dua lengan namun sebelah sahaja yang terangkat.
3. Speech (Bertutur): Percakapannya kurang jelas dan sukar disebut.
Jika dapat disahkan, Time (Masa) adalah perkara yang sangat penting. Pesakit disegerakan mendapatkan rawatan. Rawatan segera akan mengurangkan risiko kecacatan yang lebih besar.

Pemeriksaan Nadi
Jika mangsa tidak sedar seperti pengsan dari tidur atau jatuh hendaklah buat pemeriksaan nadinya. Nadi yang normal ialah 60-90 detik seminit dan pernafasannya 16-24 kali seminit. Pakaian mangsa perlu dilonggarkan untuk memudahkan bernafas. Mangsa stroke mungkin sukar bernafas dan berdengkur dengan kuat. Itulah mengapa perlunya pemeriksaan nadi dibuat.

Penitisan Darah
Sementara menunggu bantuan ambulan atau paramedik, kita hendaklah bertindak lebih awal dengan menyediakan jarum (jahit, peniti atau seumpamanya) yang tidak berkarat, iaitu merupakan satu metod pencegah untuk mereka yang baru mengalami kekejangan strok daripada menjadi lebih teruk. Jarum tersebut segera dipanaskan dengan api untuk pensterilan (jika perlu). Kemudian dengan jarum tersebut, cucuklah kesemua hujung jari-jari tangan mangsa sedalam kira-kira 1 mm sehingga menitis darah. Jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan titisan darah, tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula. Walaupun begitu metod ini tidak diamalkan dalam perubatan moden.

Jika berlaku perubahan bentuk mulut (senget), tarik telinganya sehingga merah kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah cuping telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Selepas beberapa minit, bentuk mulutnya akan kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa mangsa ke hospital. Sementara menunggu ambulan datang, bolehlah berikan mangsa secawan teh panas untuk menghangatkan badan.

Dengan kaedah penitisan darah ini, mangsa boleh diselamatkan dan sihat seperti sediakala dan tiada apa-apa kesan strok.

Bagaimanapun sekiranya kaedah ini atau ikhtiar lain gagal atau tidak dilaksanakan, seseorang yang baru diserang stroke akan merosakkan sel neuron setiap minit. Misalnya, stroke iskemia, 1.9 juta neuron mungkin hilang setiap minit jika tanpa diberikan rawatan awal. Pesakit stroke hendaklah disegerakan dapat diselamatkan dalam tempoh "Golden Hour" iaitu dalam tempoh masa selamat dari masa pesakit sampai ke hospital.

Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum wbt,
Sekadar tambahan ilmu dan renungan untuk penambahbaik iman๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡


Cuba baca✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s
., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 t
ahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-y
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

****Perkongsian Ilmu dari group whatapps๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€****

Monday, 9 November 2015

Kita hanya merancang tapi Allah penentu segala-galanya

Baru perasan....ari ni app abah utk blood test dan MOPD di Ampang Hospital๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ....



Sunday, 8 November 2015

Aku yang khilaf

Untuk kuliah ptg ni nak jamu makcik2 ni dengan kuih favorite abah; terkilan rasa sebab x sempat tunaikan permintaan abah nak makan kuih lapis๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข