Thursday, 29 October 2015

Tepuk dada tanya Iman

HUKUM BINAAN DI ATAS KUBUR

CONTOH BINAAN YG DIHARAMKAN OLEH SYARIAT (GAMBAR HIASAN)

الحمد لله وحده ، والصلاة والسلام على من لا نبي بعده ، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وأصحابه ومن اتبعه هديه ورشده ، أما بعد 
Perlu diketahui bahawa tanah perkuburan orang Islam itu ada tiga jenis:

1. Tanah perkuburan yang diwaqafkan bagi tujuan Perkuburan orang Islam. Hukumnya tidak boleh digunakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada mengebumikan mayat orang Islam, sama ada telah hancur luluh tulang dan anggota-anggota mayat atau sebaliknya.

2. Tanah perkuburan yang dinamakan musabbalah iaitu tanah yang biasa digunakan untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut oleh penduduk-penduduk di kawasan itu, sekalipun tidak diketahui asal puncanya dan tidak diketahui orang yang mensabilkannya. Maka tanah tersebut tidak boleh digunakan selain untuk mengebumikan mayat orang Islam. Walau bagaimanapun menurut pengarang Hasyiyah at-Tuhfah, boleh digunakan tanah tersebut selain menegbumikan mayat jika tulang-tulang dan suku-suku anggota mayat yang dikubur di situ telah hancur luluh, dan tanah itu digunakan lagi untuk menegbumikan mayat oleh penduduk-penduduk di kawasan itu pada masa sekarang dan berazam tidak akan mengebumikan mayat di tanah itu pada masa akan datang.

3. Tanah mawat iaitu tanah yang bukan kebiasaannya digunakan untuk mengebumikan mayat di tanah tersebut, tanah yang dimiliki oleh seseorang atau tanah yang dipinjam untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut. Apabila ditanam mayat pada salah satu daripada tempat-tempat yang disebutkan itu, maka harus digali kubur itu apabila telah hancur luluh segala tulang dan suku-sukunya, serta harus digunakan semula tanah itu kerana tujuan-tujuan yang lain seperti bertani, dibuat jalan atau didirikan rumah, dalam makna yang lain tanah itu tidak lagi dinamakan tanah perkuburan.

Di Negara Malaysia tanah-tanah perkuburan orang-orang Islam disediakan oleh pihak Kerajaan @ tanah yang diwaqafkan (kubur awam). Tanah-tanah perkuburan seperti ini dipanggil tanah perkuburan awam atau disebut juga kubur musabbalah.

Adalah dimaklumi keprihatinan ahli-ahli waris si mati menghias dan memperelokkan kubur-kubur keluarga masing-masing dengan menambak kubur-kubur dengan batu atau simen sama ada berbentuk kekal atau sementara (tambak itu boleh dibuka pada bila-bila masa dikehendaki). Selain menambak kubur, ada juga ahli waris membuat tembok kecil daripada batu mengelilingi kubur bagi kemudahan ahli keluarga dan waris si mati untuk duduk ketika menziarahi kubur.

Hukum Mendirikan Sebarang Binaan Di Atas Tanah Perkuburan Seperti Tambak Menurut Mazhab Syafie

Dalam hal ini Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya Minhaj ath-Thalibin ada berkata:

يكره تجصيص القبر والبناء والكتابة عليه ، ولو بني فى مقبرة مسبلة هدم

Ertinya: Makruh memplaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) kubur, membina (sesuatu binaan di tanah milik persendirian bukan di tanah prkuburan awam) dan membuat tulisan (selain nama bagi tujuan pengenalan) di atas kubur. Jika dibina (sesuatu binaan) di perkuburan orang awam (musabbalah) hendaklah dirobohkan. (Minhaj ath-Thalibin: 1/360)

Dalam kitab al-majmu’, an-Nawawi Rahimahullah dengan jelas mengatakan:

قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق فى البناء بين أن يبنى قبة أو بيتا أو غيرهما ، ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك ، قال أصحابنا ويهدم هذا البناء بلا خلاف... وإن كان القبر فى ملكه جاز بناء ما شاء مع الكراهة ولا يهدم عليه
Ertinya: Sahabat-sahabat kami Rahimahumullah berkata: “Tidak ada beza dalam membina binaan itu di antara membina kubah atau rumah atau selain keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika tanah perkuburan itu adalah perkuburan musabbalah (tanah perkuburan orang awam) adalah haram ke atasnya berbuat sedemikian: Sahabat-sahabat kami berkata (lagi): “Dan hendaklah dirobohkan binaan tersebut tanpa ada pertikaian (para sahabat-sahabat kami)…(Tetapi) jika sekiranya tanah perkuburan itu miliknya sendiri (maka) adalah harus dia membina apa-apa binaan dengan dihukumkan makruh dan tidak dirobohkan (binaan itu).” (Al-Majmu’: 5/260)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Ibrahim al-Baijuri Rahimahullah pula berkata:

فيكره البناء عليه إن كان في غير نحو المقبرة المسبلة للدفن فيها وإلا حرم سواء كان فوق الأرض أو في باطنها ، فيجب على الحاكم هدم جميع الأبنية التي في القرافة المسبلة للدفن فيها وهي التى جرت عادة أهل البلد بالفن فيها لأنه يضيق على الناس ، ولا فرق بين أن يكون البناء قبة أو بيتا أو مسجدا أو غير ذلك ، ومنه الأحجار المعروفة بالتركيبة ، نعم استثناها بعضهم للأنبياء والشهداء والصالحين ونحوهم.


Ertinya: Maka adalah dimakruhkan (membina) binaan di atas kubur jika (binaan itu) bukan di seumpama tanah perkuburan orang awam mengebumikan mayat. Jika tidak, (jika binaan itu di seumpama tanah perkuburan orang awam) adalah haram (hukumnya) sama ada (binaan itu) di atas tanah atau di dalam tanah. (Oleh itu) adalah wajib ke atas pemerintah meroboh segala binaan-binaan yang terdapat di tanah perkuburan musabbalah bagi tujuan pengebumian mayat iaitu tanah perkuburan yang telah menjadi kebiasaan penduduk suatu negeri mengebumikan mayat, kerna ianya menyempitkan ke atas manusia (yang lain); dan (pengharaman itu) tidak ada beza di antara binaan yang berbentuk kubah atau rumah atau masjid atau selainnya yang di antaranya ialah susunan batu-batu yang biasa diketahui (tambak daripada batu atau simen yang membentengi atau yang melingkungi kubur); (kecuali) apa yang dikecualikan oleh sebahagian ulama seperti kubur para nabi, syuhada’, orang-orang salih dan seumpama mereka. (Hasyiyah al-Baijuri ‘ala Ibn Qasim: 1/381)

Al-Malibari Rahimahullah juga berkata:

(وكره بناء له) أي للقبر ، (أو عليه) لصحة النهي عنه بلا حاجة كخوف نبش أو حفر سبع أو هدم سيل. ومحل كراهة البناء إذا كان بملكه. فإن كان بناء نفس القبر بغير الحاجة مما مر أو نحو قبة عليه بمسبلة وهى ما اعتاده أهل البلد الدفن فيها ، عرف أصلها ومسبلها أم لا ، أو موقوفة حرم وهدم وجوبا لأنه يتأبد بعد انمحاق الميت ، ففيه تضييق على المسلمين بما لا غرض فيه.

Ertinya: Dan dimakruhkan membina binaan baginya iaitu bagi (di dalam) kubur atau di atas kubur tanpa sesuatu hajat keperluan seperti takut digali (oleh pencuri) atau digali oleh binatang atau runtuh kerana banjir, kerana ada hadits shahih yang melarangnya. Dan hukum makruh membina yang sedemikian itu ialah jika tanah perkuburan itu adalah miliknya sendiri. Jika binaan di tanah perkuburan itu (dibina) tanpa hajat keperluan seperti mana yang telah lepas (disebutkan) atau binaan seumpama kubah di atas kubur itu (dibina) di tanah perkuburan musabbalah iaitu tanah perkuburan yang sudah biasa penduduk suatu negeri itu mengebumikan mayat atau di tanah perkuburan waqaf (sama ada) diketahui asalnya (kedudukan tanah itu di mana sebelumnya ianya adalah tanah persendirian kemudian orang yang memilikinya menjadikannya sebagai tanah perkuburan awam atau sebelumnya ia adalah tanah mawat kemudian dijadikan sebagai tanah perkuburan awam) dan diketahui orang yang mewaqafkannya atau pun tidak diketahui, (maka) ia adalah haram dan wajib dirobohkan, kerana binaan itu akan kekal setelah mayat hancur luluh. Binaan itu juga akan menyempitkan tanah perkuburan orang Islam dengan tiada sebarang keperluan di sisi syara’. ( I’anah ath-Thalibin: 2/188-189)

Untuk lebih jelas, huraiannya adalah seperti berikut:

1. Jika tanah perkuburan itu adalah tanah perkuburan orang awam (musabbalah) atau tanah perkuburan waqaf, maka adalah haram didirikan sebarang binaan di atasnya dan juga di dalam tanahnya, sama ada berupa atap, kubah rumah, masjid atau lainnya seperti tambak (dibentangi atau dilingkungi dengan batu atau simen di sekelilingnya kubur berkenaan).

2. Jika tanah perkuburan itu adalah tanah milik khas persendirian, maka adalah makruh sahaja didirikan sebarang binaan di atas atau di dalam kubur berkenaan.

Hukum haram mendirikan sebarang binaan yang tersebut di atas adalah berdasarkan kepada hadits Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه
(رواه مسلم)


Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menegah daripada diplaster kubur dan diduduki di atasnya serta dibina binaan di atasnya.
(Hadits riwayat Muslim)

Tetapi jika tanah perkuburan itu berada di kaki bukit atau di tanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya itu runtuh, maka boleh didirikan binaan seperti sekatan tembok umpamanya bagi menghalang daripada terjadinya tanah susur atau runtuh. Perbuatan seumpama ini adalah dibolehkan bagi menjaga mashlahat tanah-tanah kubur itu.

Tujuan Larangan

Larangan atau tegahan menambak kubur ini ialah kerana ia akan menyempitkan tanah perkuburan tanpa ada sebarang mashlahat dan tujuan yang syar’i, sedangkan orang-orang Islam yang lain juga adalah berhak menggunakan kubur berkenaan. Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayyidina ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu iaitu selepas baginda melihat satu kubur yang dibina kubah di atasnya. Maka baginda merobohkannya lalu berkata: “Kamu biarkanlah mayat itu dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri.” (Bujairimi ‘ala al-Khathib: 2/371-372)

Kedudukan Binaan-binaan Yang Terdapat Di tanah perkuburan Awam
Menurut Imam an-Nawawi, al-Malibari, al-Baijuri Rahimahumullah berhubung dengan binaan-binaan yang terdapat di tanah perkuburan awam, pihak pemerintah mempunyai hak untuk merobohkannya, malah wajib ke atas pemerintah untuk merobohkannya sebagaimana yang terkandung di dalam nash-nash yang telah disebutkan.

Walau bagaimanapun sebagai jalan penyelesaian, perkara ini memerlukan kepada kebijaksanaan pihak-pihak yang berkenaan dalam mengambil tindakan seperti:

1. Langkah-langkah awal untuk memberi kefahaman kepada orang ramai mengenainya hendaklah dibuat dan dijadikan keutamaan seperti pemberitahuan melalui papan-papan tanda di tanah perkuburan, pemberitahuan melalui khutbah Jumaat dan media massa akan keharaman membina sebarang binaan di tanah perkuburan awam sebelum apa-apa tindakan.

2. Mewartakan fatwa-fatwa mengenai pembinaan sebarang binaan di tanah perkuburan awam dan seterusnya mengadakan peruntukan undang-undang bagi tujuan penguatkuasaan.

3. Menguatkan dari segi pentadbiran dan pengawasan oleh pihak berwajib di semua perkuburan orang Islam di Negara ini secara waktu pejabat atau apa-apa jua cara munasabah, di mana jika ini dibuat, tidak akan mungkin binaan-binaan yang berupa rumah atau tambak dan lain-lain itu akan tumbuh, padahal fatwa mengenai hukum membina bangunan atau rumah atau tambak seperti itu sudah pun lama ada – sebelum ini – dapat menolong menjadi garis pandu.

والله أعلم بالصواب

Ku syukuri nikmatMu ya Rabb

Kita sering merungut, mengeluh, menyalahkan, menyesali, dengan apa yg berlaku di sekeliling kita padahal kita patut muhasabah dan mensyukuri dengan apa  yg Allah beri dan bakal beri........


Wednesday, 28 October 2015

Penyakit yang sering kita ambil ringan

Apakah strok?


Fungsi-fungsi otak.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


Serangan Iskemia Sementara (TIA)

Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

Apakah Yang Menyebabkan Strok?

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.
Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.
Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:

Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. 
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

Siapakah Yang Berisiko?

  1. Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.
  2. Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri.
  3. Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.
  4. Pernah mengalami TIA. Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.
  5. Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
  6. Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
  7. Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  8. Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.

Faktor-faktor risiko yang tidak boleh dikawal.

  1. Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  2. Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
  3. Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing   

Apakah Gejala-Gejalanya?

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah:
Kelemahan atau  merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.

Kesukaran  bertutur atau  memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

Pening,  kehilangan imbangan, kekeliruan

Sakit kepala yang teruk yang mengejut

Rasa  mual atau  muntah

Bagaimana Strok Di Diagnos?

Beberapa penelitian boleh membantu mengenalpasti jenis strok yang telah berlaku dan pilihan rawatan yang terbaik. Ujian yang tepat akan berbeza di antara seorang dengan yang lain, tetapi yang biasa termasuk:
  1. Pengukuran tekanan darah.
  2. Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan tahap kolesterol.
  3. X-ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada.
  4. Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur rima dan aktiviti jantung.
  5. Ekokargiogram, sejenis imbasan jantung, untuk memeriksa kemungkinan masalah jantung.
  6. Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan kerosakan.
  7. Imbasan Ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke otak

Apakah Kesan-Kesan Strok?

Kesan-kesan strok berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan takat kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan sekejap; yang lain mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka panjang.
Kekurangan fizikal selepas strok
  1. Kehilangan pergerakan atau corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan (hemiplegia). Oleh kerana bahagian kanan otak mengawal bahagian kiri badan (dan sebaliknya), hemiplegia terjadi di bahagian badan yang bertentangan dengan lokasi strok.
  2. Koordinasi yang lemah
  3. Perawakan yang tidak normal.
  4. Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
  5. Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
  6. Kehilangan penglihatan separa.
  7. Tidak dapat menelan.
Kekurangan kognitif
  1. Menjadi terlalu awas, cemas dan kelam kabut.
  2. Mudah murung, tidak dapat mengawal emosi.
  3. Konsentrasi yang lemah dalam mempelajari kemahiran baru.
  4. Tidak dapat memahami percakapan/ pertuturan.
Kekurangan tanggapan ruang - persepsi
  1. Tidak boleh mengagak jarak, saiz, kedudukan
  2. Kehilangan rasa di sebelah badan
  3. Kehilangan imej tubuh.

Mengurangkan Risiko Strok Berulang.

Mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang telah mengalami strok atau serangan iskemia sementara (TIA), sentiasa ada kebimbangan akan strok berlaku lagi. Walaupun risikonya lebih besar dari seseorang yang tidak pernah mengalami strok, anda boleh mengubahsuai gaya hidup anda untuk mengurangkan risiko strok berulang.

Bagaimana ubat-ubatan boleh membantu.

Jika anda pernah mengalami strok, besar kemungkinan anda ada mengambil ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor anda untuk mengurangkan risiko strok berlaku lagi.
Ubat-ubat yang ditentukan selalunya ubat yang :
    * Merendahkan tekanan darah
    * Mengurangkan risiko gumpalan darah
    * mengurangkan tahap kolesterol ’tidak baik’
Adalah penting untuk anda mengambil ubat seperti yang ditentukan oleh doktor. Sesetengah orang berhenti mengambil ubat sebaik sahaja mereka merasa sihat – tanpa mengetahui yang mereka meletakkan diri sendiri dalam bahaya.
Anda patut meminta doktor anda menerangkan apa dia ubat-ubat itu dan kenapa anda patut mengambilnya.
Juga tanya doktor anda jika terdapat apa-apa kesan sampingan ubat-ubat itu dan jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan yang tidak baik seperti pening atau mabuk-mabuk, anda mestilah memberitahu doktor anda.

Jenis-jenis ubatan

Ubat-ubat tekanan darah

Tekanan darah tinggi adalah sebab paling utama strok. Terdapat beberapa jenis ubat untuk merawat masalah ini. Beberapa jenis ubatan yang paling biasa digunakan adalah:
  1. Diuretik – membuang lebihan bendalir dan garam (sodium) dari tubuh
  2. Penghalang-beta – mengurangkan kadar degupan jantung dan pengeluaran darah dari jantung.
  3. Penghalang saraf simpatetik – saraf simpatetik menjalar dari otak ke semua bahagian tubuh, termasuk arteri. Ia boleh mengecutkan arteri, lalu meninggikan tekanan darah. Kelas ubatan ini mengurangkan tekanan darah dengan menghalang saraf-saraf ini dari mengecutkan saluran darah.
  4. Pengembang saraf – ini boleh menyebabkan otot pada dinding salurah darah untuk berehat, membolehkan saluran mengembang.
  5. Penghalang enzim pengubah-angiotensin (ACE) – ini mengganggu pengeluaran angiotensin tubuh, sejenis bahan kimia yang menyebabkan arteri mengecut.
  6. Penghalang penerima angiotensin II – menghalang kesan angiotensin
  7. Antagonis kalsium – boleh mengurangkan kadar degupan jantung dan merehatkan saluran darah.


Ubat-ubatan anti-platelet dan aspirin untuk mengelakkan darah beku

Jika anda telah mengalami strok iskemia (yang disebabkan oleh sekatan saluran darah oleh darah beku), kemungkinan besar doktor anda telah menentukan sejenis ubat untuk menjadikan darah anda kurang pekat dan kurang cenderung membentuk gumpalan. Ubat-ubat ini termasuk asperin, tiklopidin dan klopidogrel, yang dipanggil ubat-ubat anti-platelet. Mereka berfungsi dengan mengelakkan sel-sel darah yang dikenali sebagai platelet dari menggumpal untuk membentuk darah beku – yang boleh mengurangkan atau menghentikan sama sekali pengaliran darah ke bahagian otak dan menyebabkan strok.
Namun begitu, ubat-ubat anti-platelet tidak sesuai bagi mereka yang stroknya disebabkan oleh pendarahan akibat saluran darah yang pecah.


Ubat bagi fibrilasi atrium
(degupan jantung tidak teratur)

Fibrilasi atrium adalah degupan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan gumpalan darah mudah terbentuk di dalam jantung. Darah beku ini mungkin tertanggal dan bergerak ke arteri di dalam otak dan mengakibatkan strok. Untuk mengelakkan ini dari berlaku, doktor mungkin menetapkan sejenis ubat anti-penggumpal, biasanya wafarin. Ubat ini menghalang protein-protein penggumpal, mencairkan darah, mengurangkan kemungkinan pembentukan gumpalan.

Ubat-ubat merendahkan kolesterol

Tahap kolesterol ‘tidak baik’ dalam darah yang tinggi meninggikan risiko strok. Jika perubahan diet seperti mengurangkan memakan daging dan makanan berlemak tinggi tidak mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah, doktor anda mungkin akan menentukan ubat merendahkan kolesterol yang direka untuk mengurangkan tahap lemak (lipid) di dalam darah, termasuk kolesterol dan trigliserida.

Ubat-ubat untuk Diabetes Melitus

Diabetes (Penyakit kencing manis) menyumbang kepada pembentukan plak di dalam dinding arteri yang lama-kelamaan menyekat aliran darah. Jika tidak cukup darah sampai ke sel-sel otak, strok akan berlaku.
Jika anda menghidap kencing manis, adalah penting untuk memeriksa kandungan gula dalam darah anda secara tetap supaya doktor anda boleh menentukan ubat-ubat yang bersesuaian.

Pemeriksaan Kesihatan yang Tetap/ Teratur

Jika anda pernah mengalami strok, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara teratur supaya tekanan darah, tahap kolesterol dan berat badan anda dapat diawasi. Semua jenis ubat-ubatan di atas hanya boleh didapati dengan surat ubat doktor. Anda patut sentiasa mendapatkan penjelasan sepenuhnya dari doktor anda berkenaan manfaat dan kesan sampingan yang mungkin timbul dari ubat-ubat yang ditentukan bagi anda.

Tuesday, 27 October 2015

Ya Allah Ya Rabbi...ampunkan abah

DOA ARWAH UNTUK BAPA
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu dari anak-anak oleh roh arwah ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah adalah doa yang berterusan daripada mereka. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Berikut adalah doa untuk arwah bapa. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali solat 5 waktu:-











Tidak akan terputus kebahagiaan dan rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa ikhlas terhadap kedua orang tuanya setiap hari. Lakukanlah segala yang terbaik untuk mereka yang telah menjaga, memelihara dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu daripadanya yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

(Hadis riwayat Muslim 1631, Nasai 3651, dan yang lainnya.)


Al-Fatihah buat ibu/bapa yang telah meninggal dunia, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin…..

Monday, 26 October 2015

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa - Al-fatihah



HADIAHKAN AL-FATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

 #‎share
Jom same2 kita beramal secara istiqomah hadiahkn al-fatihah untuk Rasulullah, dan kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
X lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aminn

Nak share sesame teman..silakan☺👍👍

Via Ustaz Fikri
PS: amalan INI boleh juga diamalkan oleh para ibu
#peringatan buat diri yang lupa#

Saratnya Rindu ini











Buat sekian kalinya.....sunyi sangat bila anak2 dah masuk asrama.
Keseorangan kat umah...teringat lg kat abah bila tengok katil & bilik tempat pembaringan abah, tambahan pulak bau abah masih kuat kat bilik ni😭😭😭




















Saturday, 24 October 2015

Ya Allah ampunkan dosa2 abah & dan sayangi dia sebagaimana dia menyayangi kami sejak kami kecil lagi

betul la tu😭😭😭......masa abah ada selalu fikir abah boleh jaga diri sendiri.....tapi bila abah dah xda baru rasa knape la x jaga, x ambik tau, x jaga makan pakai abah😭😭😭 kejamnya aku sebagai anak...x tertebus rasanya salah yg aku buat tu...abah maafkan anak abah ni sekali lagi😭😭😭
agaknya Allah tau aku rasa bersalah...pasal tu agaknya Allah gerakkan aku untuk datang masa abah kena stroke pd hari kejadian...x tau la apa jadi kalau sebaliknya...dan pasal tu agaknya sekali lagi Allah beri peluang masa abah discharge dan selama 12 hari la "khidmat" ku sebagai anak pada abah...walaupun singkat tempoh tu tapi demi Allah apa yg aku buat ikhlas dan penuh kasih sayang dan LillahiTaala😭😭😭



Pagi tadi anak2 lelaki & menantu abah semua bergading bahu kemaskan kubur abah dan bukan setakat tu aje...kami ke rumah abah utk kemaskan apa yg patut....maaf ya abah bukan niat kami utk memandai2 ubah dalaman rumah abah...kami lagi rasa bersalah dan sedih serta seolah2 x boleh nak terima situasi macamni😭😭😭

Abah....aku sebenarnya terlalu rindu dengan "omelan" abah....😭😭😭
Ya Allah ampunkan dosa2 abah, tempatkan abahku bersama roh2 yg beriman...jauhkan azab api neraka...izinkan abah pilih mana2 pintu syurgaMu ya Allah...ameennn😢😢😢